Friday, December 5, 2014

Kami ke ASEAN

             Assalamualaikum w.b.t

Buat julung kalinye kami peejay cartel ke asean demi malaysia...jap2 bukan kami baru pertama kali ke asean..tp ini kali pertama kami bawak nama peejay cartel ke asean...
    Berbeza pengalaman bergerak seorang diri dengan berkumpulan...hasilnya jugak sangat laa berbeza,keseronokan lebih banyak menyelah apabila ianya berjaya dengan jayanya
  SETIAP AWAYDAY ADA CERITANYA
ceritanya bermula dari mencari komrad yg ada semangat keasean demi negara MALAYSIA untuk HARIMAU MALAYA

Semangat semakin memupuk apabila sambutan sangat laa hangat dan mengalakan...#banggakejap

Walaupun pelbagai halangan yang perlu dihadapi dan ditempuhi kami masih kental untuk sampai ke STADIUM KALLANG demi MALAYSIA YG TERCINTA
   Kebiasanya apabila jejakan kaki ke negara s'pore pelbagai masalah akan datang...bermula dari CHEK POINT hinga laa ke stadium...dan akan ada komrad yg akan dihalau balik tanpa diberi sebab yang kukuh dan masuk akal...
Barisan anak muda peejay yg xkenal erti mengalah sebelun diistihar kalah...
  Walaupun layanan yg diberi oleh tuan rumah umpama persalah besar yg mengedar  dadah di negara nya...kami tetap inginkan menjejak kaki ke stadium yg menjadi pujaan penyokong2 s'pore tu...
Jiwa dan perasaan bertambah berbuak2 ingin menjejak kaki ke dalam stadium kallang untuk berjuang bersama2 harimau malaya demi negara MALAYSIA DAN MARUAH...
Atas berkat dan kesabaran jiwa,hati ni...kami NEKAD inginkan berjuang bersama UM07 demi harimau malaya untuk tanah tumpah darah ku ini
 Setelah beberapa halangan kami langar akhirnya kami semua berjaya menjejakan kaki ke SPORTHUB s'pore
Atas berkat doa dan usaha permain...alhamdulilah 3 mata menjadi milik kita sekaligus layak kepusingan seterusnya
Dan jln kejuaraan terbentas luas untuk bergelar juara AFF suzuki cup 2014
#bangkitbersama

Thursday, November 27, 2014

AFF SUZUKI 2014

            Assalamualaikum W.B.T
 Salam satu jiwa dari familia of cartel
Sekarang ni seluruh asean sedang demam bola sepak kerana masing2 ingin melihat negaranya beraksi di pentas akhir piala AFF SUZUKI CUP 2014 dan sekali gus menjadi juara untuk tahun 2014

    Siapa xnak jadi juara asia tenggara kan? Walaupun nilainya nye kecik tapi ingat laa bahawasanya kita bermula dari kecik....
 Tahun ni SINGAPORE menjadi tuan rumah untuk kumpulan B..kami dari PJC menyusun komrad kami turun ke kota singa untuk memberi sokongan kepada skuad harimau malaya dengan harapan membawa pulang kerjayaan..

   
     Kami ada dimana kamu ada selalu

    Walaupun pelbagai dugaan yg dtg mengadap kami sentiasa tekad untuk sampai dan berjuang bersama2 skuad harimau malaya di kota singa

Friday, October 17, 2014

Temerloh 10/10/2014

         ASSALAMUALAIKUM
 
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan selamat bercuti ke CURVA pada semua komrad dan suppoter selangor....
 Untuk tahun 2014 kem selangor terlah pown melabuhkan tirainye pada 10/10/2014 dengan berjaya seri 3-3 keatas pasukan felda united di stadium temerloh dan sekaligus tidak layak untuk kepusingan seterusnya...maka terkubur laa sekali lagi misi 33 yg dihajati ini....
   

Walaupun game dah abis...jgn ingat kita semua boleh dibuai mimpi yg indah...kerana kita ada lagi satu senarai tugas yg belom diselesaikan dengan sempurna
    Ape pown jutaan terima kasih kepada semua komrad yg ke stadium temerloh terutama anak2 jajahan peejay kerana telah berjaya menjayakan awayday yg terakhir dan akan dikenang sampai bile2....
 Jangan pernah sesekali berhenti untuk sokong selangor dan support ultrasel...moga2 tahun depan kita semua dapat kembalikan semula gelombang merah kuning di serata malaysia....
Dan sekali gus menjadi penyokong yg paling bagus si asia..

 Kami dari peejay cartel mengalu2kan kehadiran kamo semua untuk support pasukan selangor dan dalam masa yg sama dapat join peejay cartel/ultrasel dan mampu mengembangkan lagi sub peejay cartel dan ultrasel...
Jangan sesekali kamo megeloh atau kenal errtinya lelah KERANA pada suatu masa dahulu selangor lah penyokong paling ramai ke stadium...tp itu semua sudah menjadi sejarah untuk selangorean
  Sama2 kita perhatikan FAS yg xpernah ambik tahu perasaan penyokong..dan selalu melakukan kerja sambil lewa mereka sehingga yg menjadi mangsa adalah penyokong setia...
Terus menyokong kem selangor walau ape jua keadaan...jangan sokong time menang je...kalau tggu  menang baru nak sokong dan dtg stadium abis time mereka mahu bangkit sapa pulak nak bantu mereka...
      Salam merah kuning dari kami

Wednesday, September 17, 2014

Familia of cartel

       SALAM SATU JIWA DARI KAMI
            FAMILIA OF CARTEL

Sejak akhir2 ni terasa macam lagi mencabar pulak bile pjc diuji dengan ujian yg sukar dan berat...ingat bile bertambah komrad lagi senang tapi disebaliknya...think positif itu cara yg sentiasa kami bawakan..
      Walau besar mana ujian yg diberi kami cube tempuhi dan cari jalan untuk menyelesaikan segala jenis isu dan masalah yg timbul untuk membesihkan nama besar kami...sedar bahawasanya kalau nak jadi gempak dan top kene lalui ujian yg amat getir supaya kita lebih matang pada masa akan dtg...

Dengan satu hati kami tempuh segala ujian tu bersama2 sehingga selesai segalanya
  Bile dah selesai unit rekeasi kami mengadakan aktiviti releas tension beramai2 di sungai sendat
 
Kami xramai tapi kami ada walau ape terjadi di dalam sub dan family kedua kami...
Selain releas tension aktiviti ini diadakan untuk merapatkan lagi tali silaturahim sesama kami di bawah nama PEEJAY CARTEL....
   BERSATU KITA GEMPAK
BERCERAI KITA RONGNGAK
 
Bile dah buat aktiviti mcm ni..baru laa kami kenal lebih rapat dan tahu perangai masing2...
Keriangan dikongsi bersama dan kenangan di simpan bersama2


Segala perjalanan kami berjalan dengan lancar seperti mana dirancang sejak awal...thanx pada komrad yg sama2 berjuang secara langsung dan xlansung dalam memantapkan serta memajukan sub peejay cartel yg sentiasa menyokong perjuangan ULTRASEL


Saturday, September 13, 2014

Produk kita..kita punya pasal laa

             ASSALAMUALAIKUM 
Lama kita tidak ketemu disini harap semua dalam keadaan baik2 berlaka dan sentiasa ada dibawah pelindungan yg maha esa

    Cuti hampir sebulan ni mesti yg ramai KESURUPAN  biasa laa bila dah selalu bersama tetiba kehilangan yg agak lama plak tu...banyak jugak yg amalkan chant sambil mandi dan sambil bawak moto...respect jika korg buat mcm ni...secara x langsung boleh naik kan momentem semasa dicurva

Lupakan seketika hal curva..lupakan seketika apa yg FAS dah buat pada penyokong kita fokus pada produk yg bakal keluar ni

Huhh...ape bende ni wei...apa barang ni...
Amboi peejay cartel ni ape pulok merch yg dipasarkan ni..nampak mcm gempak tp.....
Ok xpe kita tggu dan ikut peejay cartel punya page

P/s kami xkan keluarkan produk berunsurkan HALUAN KIRI

Tuesday, August 12, 2014

Piala malaysia

            ASSALAMUALAIKUM 
Sedar x sedar dah hampir dua bulan liga dalam malaysia ni bercuti...so secara xlangsung penyokong tegar pon dapat cuti yg panjang...
Cuti yang agak panjang untuk memberi laluan kepada player berpuasa dan menyambut syawal yg bermakna...oppp...SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI PEEJAY CARTEL salam kosong2 yek....disepanjang cuti yg diberi ada juga aktiviti untuk hilangkan kesurupan pada penyokong tegar...tetapi sambutan yg kurang memuaskan...

Ramai diantara kita yang x sabar menunggu kempen piala malaysia bermula...ye laa piala yg terTUA di asia...yang paling bermakna buat sesetengah pasukan...dengar cite tahun ni SELANGOR nak capaikan #misi33 tu...
Ok sama2 kita tengok dan lihat macam mana FAS aturkan semua pelawanan dan pegawainya...dah cuti lamakan?
     Jum asah sikit otak kita yg hampir beku ni..ingat x lagi masa piala dunia nak bermula macam mana suasananye..meriah kan...?banyak syarikat2 mewah dan NGO2 buat kempen dan aktiviti seolah2 piala dunia tu berlangsung di MALAYSIA dan adenya pasukan MALAYSIA dalam saingan tu...ushhh...banyak yg berani membuat pelaburan yg banyak seolah2 mcm dapat pulangan yg lebih banyak...meriahnya kempen piala dunia tu SEBULAN awal kan...kalau x silap laa..sehingga KBS pown ade anjurkan aktiviti...
 Tp cuba tanye balik rakyat malaysia...silap2 ade yg x tau bila bermulanya sepak mula PIALA MALAYSIA...dan xde 1 pown kempen atau aktiviti untuk menyambut sepak mula perebutan piala yg terTUA ni....

         Piala kita,liga kita,corak kita...
Macam mana nak penonton penuhkan stadium kalau satu kempen pown xde..satu iklan di television pown xde...BANGKIT LAA FAM 
Jangan salahkan penyokog kalau sutu hari nanti mundurnye bola sepak kita...hilang nye peyokong tegar...

Ingat tukar presiden ade laa perubahan yg boleh tersenyum..tapi pada hakikatnya...MASIH BERADA DI TAKOK LAMA...
Bangun FAM...BANGKIT FAM...
 
  Sampai bile nak harapakan kelab penyokong yg buat kerja...kelab penyokong ni hanya sampah di stadium...tak mcam awak FAM..dibayar gaji yg lumayan tapi xde satu pown yg awak buat boleh membaggakan kami..kalau macam ni laa sampai kami punya anak cucu pown malaysia xakan ade dalam liga piala dunia...
 
AMARAN KERAS kepada penyokog tegar bola sepak tempatan...jangan sesekali menyerah kalah...kita mampu buat sesuatu atas usaha sepakat kita semua

AYUH PANDANG KEBARAT DEMI KEMAJUAN BOLA SEPAK KITA

Tuesday, June 24, 2014

Perjuangan terakhir


           ASSALAMUALAIKUM
             SALAM SATU JIWA 

PERLAWANAN TERAKHIR LIGA SUPER 2014 akan berlangsung
Jum pakat ramai2 kita sehati sejiwa turun ke stadium SSA dan memberi sokongan yg padu
Pada kem selangor kita

Kita hanya merancang allah yang menentukan
Kita sama2 berdoa untuk kem selangor kita menjuarai liga super 2014...dan mampu menakluk ASIA

Sama2 kita berdoa
Sama2 kita turun ke stadium shah alam
Sama2 kita memberi sokongan yang padu
Sama2 kita PERCAYA selangor juara liga
Sama2 kita menakluk asia




Saturday, June 21, 2014

Selangor 3- 0 sarawak

            ASSALAMUALAIKUM
Salam kemenangan 3-0 dari bumi cartel

PERCAYA SELANGOR JUARA LIGA
 
Alhamdulilah kita dihadiahkan 3 mata dari bumi kita sendiri..apapun Terima kasih pada semua selangorean yang hadir ke stadium dan sama2 menjayakan chorie #PERCAYA anda semua hebat sangat2

Kita semua hebat dirumah kita sendiri sehingga kemenangan tercapai...lihat laa bertapa penting penyokong distadium...dan jangan sesekali ponteng kedatangan ke stadium untuk sama2 kita lihat pasukan GERGASI MERAH kita terus berada di peringkat tahta liga...
 
Cube bayangkan jika stadium kita sunyi dan senyap....apa akan jadi pada pasukan selangor kita...siapa yg akan membakar semangat pemain2 kita...
 
Lihat bertapa pentingnya penyokong..xkira ape status korang yang penting kita sama2 terus menyokong pasukan GERGASI MERAH...

MERAH KUNING SAMPAI MATI

Berterima kasih sangat2 pada penyokog SARAWAK yg bertandang ke rumah kami semalam korang power..salut sama GB13 kerana berkerah tenaga untuk sama2 berjuang demi IBU PERTIWI...
Kegilaan dan ke seporting korang membuat jalinan silatuhrahim kita makin erat dan rapat..walaupun kita berjauhan tapi kita tetap bersaudara....

Moga kita ketemu lagi di lain waktu...cerita semalam bersama sarawak #gb13 sangat unik dan akan dijadikan sejarah dalam kamus bola sepak kami....

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg hadir dan berkerjasama semalam...sama2 kita berdoa moga kita akan diberi masa dan kesihatan yg baik untuk bertemu lagi dan sama2 berhimpun demi mempertabatkan bola sepak MALAYSIA...
Menang dan kalah adat dalam pertandingan yg penting mental dan fikiran yg kemas sentiasa dibawak kemana sahaja

         Respect sama penyokong licik
Harap masa akan datang pewaris ini jugak laa yg akan mempertegakan dan mempertabatkan bola sepak kita...
MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA

Wednesday, June 18, 2014

Selangor vs sarawak

        BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Bangun semua PENYOKONG!!!
Satukan hatimu....!!!!
Tinggikan sorakamu...!!!
  (Dengar arahan capo dlm kiraan 3)
DEMI SELANGOR...oooooo!!!!
 

Jum ramai2 kita buat POZNAN BOUNCER ni..penyokong luar negara semua dah buat...
Tujuan asl kami ingin buat poznan ni adalah untuk menaikan semangat semua pemain2 SELANGOR supaya berjuang bermati-matian untuk meraih gelaran JUARA LIGA SUPER 2014...
 
Hanya tinggal dua perlawanan sahaja...dah xbanyak dah...misi TAKLUK ASIA akan tercapai sekiranya kita menang liga super

       SELANGOR  VS  SARAWAK
                21:6:2014 8:45mlm
Misi penuhkan stadium...jum sama3 kembalikan nostagia MERAH KUNING
Tinggalkan rumah anda datang stadium...kami dari family F4moUS ULTRASEL merayu kehadiran anda ke stadium pada sabtu ni untuk sama2 menjayakan tifo PERCAYA SELANGOR AKAN JUARA LIGA SUPER 2014....bagaimana nak join?
 

Kami akan mengunakan bahagian tengah2 ini sekali lagi...dan kami akan edarkan kertas bersaiz Manila kad kepada anda...setiap kertas yg diberi akan ada tulisan

  Anda perlu mengangkat kertas tersebut apabila diberi arahan.....yang paling penting anda dengar arahan yg diberi...kerjasama anda amat kami ketagih....dan ANDA PERLU MEMULANGKAN SEMULA KERTAS3 tersebut kepada pertugas2 kami untuk digunakan pada perlawanan menentang selangor PKNS pada 24:6:2014

Sama-sama kita jayakan projek korie ni....tanam dalam diri anda semua yg dilakukan DEMI SELANGOR YG TERCINTA...dan berharap ANDA SEMUA BERI KERJASA DENGAN BAIK
#demiselangor
#forzaselangor
#merahkuningsampaimati
#ultraselcurva
#peejaycartel

Kami percaya SELANGOR juara liga

Hai..ASSALAMUALAIKUM

Sapa anak selangor tukar DP,

Sapa anak selangor tukar DP,

Sapa anak selangor berginilah caranya

Sapa anak selangor tukar tukar DP

 

Pakai DP ni oii anak selangor

#pray4selangor

#PERCAYA


Jum ramai2 pakat2 pakai DP di mana sahaja laman sosial korang bkn saje pada FB
 Dekat tweet,IG,wechat,whatsapp dan mana2 sahaja korg PERLU PAKAI sehingga tamatnya perlawanan liga super 2014 ni..

Sama2 kita doakan supaya Selangor kita juara liga super untuk tahun ni...DAN sama2 kita berarak masuk dan penuhkan stadium SHAH ALAM pada 2 perlawanan terakhir ni...jgn bg alasan lagi..datang bg sokongan...kita LAGENDA MALAYA...jum anak selangor kita berkumpul di STADIUM SHAH ALAM dan memberi sokongan yg padu pada pasukan selangor supaya mereka bersemangat dan menjuarai liga super 2014
#pray4selangor
#merahkuningsampaimati
#forzaselangor
#demiselangor
#selangorjuara

Wednesday, June 11, 2014

Kisah awayday tranung

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM KEMENANGAN 

Terlebih dahuku kami ingin mengucapkan juataan terima kasih kepada semua SELANGOREAN yg hadir ke stadium sultan ismail nassirudin shah semalam...

Walaupun banyak dugaan dan rintangan yg dihadapi anda cekal dan akhirnya sampai ke stadium SSINS

Kami dari peejay cartel sama seperti anda...
Kami bergerak ke bumi darul iman dengan menaiki 2 biji van dan seramai 23 komrad yg dapat menhadirkan diri
            Terima kasih sponser


 Seawal jam 10 malam kami berkumpul dan membuat pemeriksaan akhir untuk meneruskan tujuan kami...dri kerjasama semua komrad kami bergerak awal dari yg dijangkan

Perjalanan yg penuh santai dan riang...kami berjaya sampai ke bumi darul iman dengan selamat...alhamdulillah...

Penat.letih,bengkak bontot dan lain2 semuanya ada...tapi itu semua pengalaman yg akan diceritakan pada pewaris kami akan datang

Sesampai kami di bumi darul iman pada jam 5.30 pagi...kami mengambil keputusan untuk membesihkan diri dan melakukan perkara2 yg wajib....dan akhirnya kami berehat seketika sambil menanti terbiknya matahari dan komrad kami yg menaiki bus

Dimasa terluang yg dianugerahkan kami mengambil keputusan untuk menikmati keindahan yg ada pada atas muka bumi..

KEPOK GANU NO 1 oii

Sementara menunggu matahari terbenam dan menunggu pintu stadiun terbuka kami meninjau beberapa kelebihan bandar darul iman



Yesss!!! Matahari dah mula bergerak untuk balik kerumah dia...kami pown apa lagi...memulakn perjalan kami ke stadium dengan harapan pintu stadiun dah tebuka luas untuk kami masuk untuk memeberi sokongan yg padu kepada kekasih hati kami

Kami berjaya masuk ke stadium dan mengambil  tempat supaya dapat melihat kekasih hati kami berjuang dan kami dapat memberi sokongan yg padu kepada mereka
 

Sokongan yg padu x pernah berhenti dari keluarga ultrasel kami..walau di provok kami tetap meneruskan sokongan kepada kekasih hati kami...

Kisah bermula dari lindangan air mata penyokong setia merah kuning...yg kecewa pemain kesayangan kami di buang padang...
 Ape jua keputusan kami sentiasa terima dengan hati yg terbuka

Sokongan yg x henti dan padu membuat kekasih hati bersemangat untuk berjuang bermati-matian...

Akhirnya keputusan milik SELANGOR..3 mata dibawak pulang ke bumi DARUL EHSAN...alhamdullilah itu yg kami inginkan


Terima kasih kekasih hatiku...terima kasih perjuang ku...teruskan berjuang kami sentiasa ada di belakang mu..jangan sesekali ko rebah...terus belari untuk mencapai impian ACL...


SETIAP AWAYDAY ADA KISAHNYA

#carijalanbukanalasan
#forzaselangor
#merahkuningsampaimati
#selangorpowernakharoom
#ultraselontour
#ultraselcurva
#peejaycartel
#selangorean