Sunday, January 4, 2015

Coretan : Santai Familia Of Cartel

Assalamualaikum w.b.t
Ok kali ni kitaorang nak cerita tentang aktiviti - aktiviti santai yang kitaorang lakukan. Pada ahad lepas (semalam) kitaorang telah mengadakan santai familia of cartel yang berlangsung di Sunway Pyramid , aktiviti yang telah kami lakukan semalam ialah memanah dan bermain bowling. Aktiviti ini di langsungkan demi mengeratkan hubungan silaturahim antara anak-anak peejay serta meluangkan masa pada hari minggu dengan aktitiviti yang berfaedah. Antara faedah lain yang diperolehi, Dapat menambahkan skill dalam permainan bowling dan memanah.

antara cerita semalam :






Selain itu kitaorang juga ada membuat aktiviti riadah yang lain seperti futsal



Ok sampai di sini sahaja dulu, bertemu di lain hari. apapun teruskan perjuangan korang

Friday, December 5, 2014

Kami ke ASEAN

             Assalamualaikum w.b.t

Buat julung kalinye kami peejay cartel ke asean demi malaysia...jap2 bukan kami baru pertama kali ke asean..tp ini kali pertama kami bawak nama peejay cartel ke asean...
    Berbeza pengalaman bergerak seorang diri dengan berkumpulan...hasilnya jugak sangat laa berbeza,keseronokan lebih banyak menyelah apabila ianya berjaya dengan jayanya
  SETIAP AWAYDAY ADA CERITANYA
ceritanya bermula dari mencari komrad yg ada semangat keasean demi negara MALAYSIA untuk HARIMAU MALAYA

Semangat semakin memupuk apabila sambutan sangat laa hangat dan mengalakan...#banggakejap

Walaupun pelbagai halangan yang perlu dihadapi dan ditempuhi kami masih kental untuk sampai ke STADIUM KALLANG demi MALAYSIA YG TERCINTA
   Kebiasanya apabila jejakan kaki ke negara s'pore pelbagai masalah akan datang...bermula dari CHEK POINT hinga laa ke stadium...dan akan ada komrad yg akan dihalau balik tanpa diberi sebab yang kukuh dan masuk akal...
Barisan anak muda peejay yg xkenal erti mengalah sebelun diistihar kalah...
  Walaupun layanan yg diberi oleh tuan rumah umpama persalah besar yg mengedar  dadah di negara nya...kami tetap inginkan menjejak kaki ke stadium yg menjadi pujaan penyokong2 s'pore tu...
Jiwa dan perasaan bertambah berbuak2 ingin menjejak kaki ke dalam stadium kallang untuk berjuang bersama2 harimau malaya demi negara MALAYSIA DAN MARUAH...
Atas berkat dan kesabaran jiwa,hati ni...kami NEKAD inginkan berjuang bersama UM07 demi harimau malaya untuk tanah tumpah darah ku ini
 Setelah beberapa halangan kami langar akhirnya kami semua berjaya menjejakan kaki ke SPORTHUB s'pore
Atas berkat doa dan usaha permain...alhamdulilah 3 mata menjadi milik kita sekaligus layak kepusingan seterusnya
Dan jln kejuaraan terbentas luas untuk bergelar juara AFF suzuki cup 2014
#bangkitbersama

Thursday, November 27, 2014

AFF SUZUKI 2014

            Assalamualaikum W.B.T
 Salam satu jiwa dari familia of cartel
Sekarang ni seluruh asean sedang demam bola sepak kerana masing2 ingin melihat negaranya beraksi di pentas akhir piala AFF SUZUKI CUP 2014 dan sekali gus menjadi juara untuk tahun 2014

    Siapa xnak jadi juara asia tenggara kan? Walaupun nilainya nye kecik tapi ingat laa bahawasanya kita bermula dari kecik....
 Tahun ni SINGAPORE menjadi tuan rumah untuk kumpulan B..kami dari PJC menyusun komrad kami turun ke kota singa untuk memberi sokongan kepada skuad harimau malaya dengan harapan membawa pulang kerjayaan..

   
     Kami ada dimana kamu ada selalu

    Walaupun pelbagai dugaan yg dtg mengadap kami sentiasa tekad untuk sampai dan berjuang bersama2 skuad harimau malaya di kota singa

Friday, October 17, 2014

Temerloh 10/10/2014

         ASSALAMUALAIKUM
 
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan selamat bercuti ke CURVA pada semua komrad dan suppoter selangor....
 Untuk tahun 2014 kem selangor terlah pown melabuhkan tirainye pada 10/10/2014 dengan berjaya seri 3-3 keatas pasukan felda united di stadium temerloh dan sekaligus tidak layak untuk kepusingan seterusnya...maka terkubur laa sekali lagi misi 33 yg dihajati ini....
   

Walaupun game dah abis...jgn ingat kita semua boleh dibuai mimpi yg indah...kerana kita ada lagi satu senarai tugas yg belom diselesaikan dengan sempurna
    Ape pown jutaan terima kasih kepada semua komrad yg ke stadium temerloh terutama anak2 jajahan peejay kerana telah berjaya menjayakan awayday yg terakhir dan akan dikenang sampai bile2....
 Jangan pernah sesekali berhenti untuk sokong selangor dan support ultrasel...moga2 tahun depan kita semua dapat kembalikan semula gelombang merah kuning di serata malaysia....
Dan sekali gus menjadi penyokong yg paling bagus si asia..

 Kami dari peejay cartel mengalu2kan kehadiran kamo semua untuk support pasukan selangor dan dalam masa yg sama dapat join peejay cartel/ultrasel dan mampu mengembangkan lagi sub peejay cartel dan ultrasel...
Jangan sesekali kamo megeloh atau kenal errtinya lelah KERANA pada suatu masa dahulu selangor lah penyokong paling ramai ke stadium...tp itu semua sudah menjadi sejarah untuk selangorean
  Sama2 kita perhatikan FAS yg xpernah ambik tahu perasaan penyokong..dan selalu melakukan kerja sambil lewa mereka sehingga yg menjadi mangsa adalah penyokong setia...
Terus menyokong kem selangor walau ape jua keadaan...jangan sokong time menang je...kalau tggu  menang baru nak sokong dan dtg stadium abis time mereka mahu bangkit sapa pulak nak bantu mereka...
      Salam merah kuning dari kami

Wednesday, September 17, 2014

Familia of cartel

       SALAM SATU JIWA DARI KAMI
            FAMILIA OF CARTEL

Sejak akhir2 ni terasa macam lagi mencabar pulak bile pjc diuji dengan ujian yg sukar dan berat...ingat bile bertambah komrad lagi senang tapi disebaliknya...think positif itu cara yg sentiasa kami bawakan..
      Walau besar mana ujian yg diberi kami cube tempuhi dan cari jalan untuk menyelesaikan segala jenis isu dan masalah yg timbul untuk membesihkan nama besar kami...sedar bahawasanya kalau nak jadi gempak dan top kene lalui ujian yg amat getir supaya kita lebih matang pada masa akan dtg...

Dengan satu hati kami tempuh segala ujian tu bersama2 sehingga selesai segalanya
  Bile dah selesai unit rekeasi kami mengadakan aktiviti releas tension beramai2 di sungai sendat
 
Kami xramai tapi kami ada walau ape terjadi di dalam sub dan family kedua kami...
Selain releas tension aktiviti ini diadakan untuk merapatkan lagi tali silaturahim sesama kami di bawah nama PEEJAY CARTEL....
   BERSATU KITA GEMPAK
BERCERAI KITA RONGNGAK
 
Bile dah buat aktiviti mcm ni..baru laa kami kenal lebih rapat dan tahu perangai masing2...
Keriangan dikongsi bersama dan kenangan di simpan bersama2


Segala perjalanan kami berjalan dengan lancar seperti mana dirancang sejak awal...thanx pada komrad yg sama2 berjuang secara langsung dan xlansung dalam memantapkan serta memajukan sub peejay cartel yg sentiasa menyokong perjuangan ULTRASEL


Saturday, September 13, 2014

Produk kita..kita punya pasal laa

             ASSALAMUALAIKUM 
Lama kita tidak ketemu disini harap semua dalam keadaan baik2 berlaka dan sentiasa ada dibawah pelindungan yg maha esa

    Cuti hampir sebulan ni mesti yg ramai KESURUPAN  biasa laa bila dah selalu bersama tetiba kehilangan yg agak lama plak tu...banyak jugak yg amalkan chant sambil mandi dan sambil bawak moto...respect jika korg buat mcm ni...secara x langsung boleh naik kan momentem semasa dicurva

Lupakan seketika hal curva..lupakan seketika apa yg FAS dah buat pada penyokong kita fokus pada produk yg bakal keluar ni

Huhh...ape bende ni wei...apa barang ni...
Amboi peejay cartel ni ape pulok merch yg dipasarkan ni..nampak mcm gempak tp.....
Ok xpe kita tggu dan ikut peejay cartel punya page

P/s kami xkan keluarkan produk berunsurkan HALUAN KIRI

Tuesday, August 12, 2014

Piala malaysia

            ASSALAMUALAIKUM 
Sedar x sedar dah hampir dua bulan liga dalam malaysia ni bercuti...so secara xlangsung penyokong tegar pon dapat cuti yg panjang...
Cuti yang agak panjang untuk memberi laluan kepada player berpuasa dan menyambut syawal yg bermakna...oppp...SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI PEEJAY CARTEL salam kosong2 yek....disepanjang cuti yg diberi ada juga aktiviti untuk hilangkan kesurupan pada penyokong tegar...tetapi sambutan yg kurang memuaskan...

Ramai diantara kita yang x sabar menunggu kempen piala malaysia bermula...ye laa piala yg terTUA di asia...yang paling bermakna buat sesetengah pasukan...dengar cite tahun ni SELANGOR nak capaikan #misi33 tu...
Ok sama2 kita tengok dan lihat macam mana FAS aturkan semua pelawanan dan pegawainya...dah cuti lamakan?
     Jum asah sikit otak kita yg hampir beku ni..ingat x lagi masa piala dunia nak bermula macam mana suasananye..meriah kan...?banyak syarikat2 mewah dan NGO2 buat kempen dan aktiviti seolah2 piala dunia tu berlangsung di MALAYSIA dan adenya pasukan MALAYSIA dalam saingan tu...ushhh...banyak yg berani membuat pelaburan yg banyak seolah2 mcm dapat pulangan yg lebih banyak...meriahnya kempen piala dunia tu SEBULAN awal kan...kalau x silap laa..sehingga KBS pown ade anjurkan aktiviti...
 Tp cuba tanye balik rakyat malaysia...silap2 ade yg x tau bila bermulanya sepak mula PIALA MALAYSIA...dan xde 1 pown kempen atau aktiviti untuk menyambut sepak mula perebutan piala yg terTUA ni....

         Piala kita,liga kita,corak kita...
Macam mana nak penonton penuhkan stadium kalau satu kempen pown xde..satu iklan di television pown xde...BANGKIT LAA FAM 
Jangan salahkan penyokog kalau sutu hari nanti mundurnye bola sepak kita...hilang nye peyokong tegar...

Ingat tukar presiden ade laa perubahan yg boleh tersenyum..tapi pada hakikatnya...MASIH BERADA DI TAKOK LAMA...
Bangun FAM...BANGKIT FAM...
 
  Sampai bile nak harapakan kelab penyokong yg buat kerja...kelab penyokong ni hanya sampah di stadium...tak mcam awak FAM..dibayar gaji yg lumayan tapi xde satu pown yg awak buat boleh membaggakan kami..kalau macam ni laa sampai kami punya anak cucu pown malaysia xakan ade dalam liga piala dunia...
 
AMARAN KERAS kepada penyokog tegar bola sepak tempatan...jangan sesekali menyerah kalah...kita mampu buat sesuatu atas usaha sepakat kita semua

AYUH PANDANG KEBARAT DEMI KEMAJUAN BOLA SEPAK KITA